Sunday, August 21, 2011

CORETAN


Assalammualaikom kepada semua yang sudi melayari blog saya ini.Nama saya Azmieazroy.Blog ini adalah sebenarnya saya anggap seperti Diary saja.Saya akan masukkan pelbagai info yang saya rasa minat dihati saya. serta jika anda berminat segala info didalamnya,sila lah layari blog saya ini.Sebenarnya,saya bercadang hendak masukkan info didalam diary tetapi saya rasa jika saya masukkan dalam diary kemungkinan satu hari akan hilang.
Untuk maklumat sdra/sdri/tuan/puan semua,didalam blog ini ada pelbagai info seperti, berita/peristiwa/resepi masakan/hal ehwal agama dan lain-lain.Blog ini baru sahaja dibuka dan masih belum banyak info yang ada dan saya akan cuba dari masa ke semasa untuk memasukkan sebarang info yang saya rasa sesuai.ok sampai disini dulu,saya kan sambung lagi bila ada idea
Info yang akan saya muat dalam blog ini adalah semata-mata untuk simpanan dan pembacaan saya sendiri dan jika anda ingin melayari nya tidak ada masaalah.Suasana ekonomi serta politik Malaysia sekarang rasanya tidak menentu dan pilihanraya ke 13 tidak lama lagi cuma kita tak tahu bila??? bila?? dan bila???Kita tak pasti siapa yang dapat  memerintah Malaysia , samaada kerajaan atau pun pembangkang??? Pembangkang pun sekarang bukan nya seperti dahulu dah agresif...dan dgn pemansuhan ISA...mereka dah berani membuat fitnah ,pembohongan dan senang cakap apa saja yang dia orang rasa nak buat..sebab sekarang ISA dah di mansohkan...
Bagi saya, memang saya tidak berminat jika Pakatan dapat memerintah kerana saya tidak percaya dgn DAP..Sejak azali lagi, saya paling tak suka dengan DAP.Jika kita renung kembali sejarah pun,...DAP ini adalah serpihan PAP.Semua orang Melayu tahu siapa PAP kan...Jika Pakatan menang pilihanraya,kiblat pemerintahan Malaysia adalah berkiblatkan pemerintahan Singapore.Singapore memerintah adalah mengikut tunjuk ajar zionis Israel.Orang Islam anti Israel dan apa akan jadi jika Pakatan berkuasa.Kita bolih lihat dari sekarang bagaimana corak pemerintahan DAP di Pulau Pinang.?? apa nasib Melayu disana???
Kebimbangan saya juga,bila Pakatan memerintah..tentang ugama Islam yang sekarang menjadi agama persekutuan..dan bila dia orang berkuasa..mungkin agama persekutuan bukan lagi agama Islam???Apabila mereka sudah ada kuasa ,mereka bolih pinda perlembagaan..,selain itu saya bimbang jika satu hari Malaysia di jadikan Republik...oooo, saya tak mampu,menangis keluar air mata darah pun dah tak guna. 
saya akan sambung lagi rasa isi hati saya sedikit hari lagi.